Status jualan Program_Perumahan_Rakyat

Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual, 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni, 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.[1]

Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Akan tetapi, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.[1]

Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 orang penghuni memenuhi syarat layak mendapat rumah PPR. 4,013 orang pula layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan manakala baki 278 permohonan pula masih dalam proses permohonan.[1]